Who Is The First Lady of Malaysia ?

Wednesday, October 13, 2010

2 comments

First Lady of Malaysia is our DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Sultanah Nor Zahirah not Datin Seri Rosmah Mansor a citizen of Kuala Pilah!!!

Her Royal Majesty Tuanku Sultanah Nur Zahirah is our real First Lady.

Our beloved Queen and Consort of His Royal Highness, Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, the reigning Supreme King of Malaysia.

Their Royal Majesties reign at the Istana Negara, not at Seri Perdana, Putrajaya.

Their Royal Majesties remain as Royals returning back to their functions as the Sultan and Sultanah of the Sultanate of Terengganu Darul Iman once their 5 year term as the Supreme King and Supreme Queen of Malaysia is complete.

The one who is currently masquerading as the 'First Lady' of Malaysia is just the wife of the current Prime Minister of the Federal Government of Malaysia.

A common citizen of this country who by chance happened to become the 2nd wife of the premier.

So, I find it unbecoming for a citizen of this country to upstage and wrongfully assume the title of the 'First Lady' of Malaysia when it is our beloved Supreme Queen of this federation of Malay Sultanates and former British Colonies, who must be given that honor and prestige to represent our nation at the 'First Ladies Summit'!!!

Truly Datin Seri Rosmah Mansor ought to know better than to steal the limelight from her own Queen?

What bloody hell kind of a glamor seeking person is she?

Even a trishawman can tell the difference between a Supreme Queen and a commoner?

Do we need to hold special classes now on this subject matter and teach the nation as to who is whom?

No wonder that the Cartoonkini political caricaturist Zunar is having a field day with his lambasting the Datin Seri from Kuala Pilah for her delusional condition that she is the 'First Lady' reigning over this nation from Seri Perdana!

We don't begrudge you being the PM's wife. Not at all. You can be the head of BAKTI or whatever, but please do respect our Royal Highness, our beloved Supreme Queen of Malaysia and accord to her the rightful position that you have unwittingly usurped, maybe out of your own vanity?

Our First Lady. The one and only Queen of our hearts.

Her Royal Highness, our symbol of Malaysian regality, Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Sultanah Nur Zahirah.

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

AGM Parti Maju Sabah (SAPP) CLC Karambunai Di 1 Borneo

1 comments

Sokongan rakyat Negeri Sabah terhadap Parti Maju Sabah (SAPP) semakin menyerlah. Ini terbukti semasa parti ini mengadakan acara2 parti seluruh Sabah selama 2 minggu yang berakhir pada 10/10/10 di Ballroom 1Borneo, Kota Kinabalu. Rakyat Sabah sudah mula menyedari parti luar yang memerintah negeri ini yang sudah menjangkau 4 penggal tidak banyak membawa kebaikan kepada mereka. Pemimpin2 UMNO Sabah lebih mengutamakan kepentingan peribadi daripada rakyat.

Thursday, September 9, 2010

0 comments

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS,
TABUAN UCAPKAN
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR BATIN
KPD SEMUA PENGUNJUNG
YANG BERAGAMA ISLAM.

PDRM SABAH ATAU PDRM MALAYA ???

Thursday, May 20, 2010

2 comments
PDRM Sabah Dikuasai Oleh Orang Semenanjung...

Berapa orang pegawai Polis berasal dari Sabah dalam gambar ini ? Setahu Tabuan, Commissioner dan Timbalannya adalah orang Semenanjung, 7 Jabatan dalam PDRM Sabah, hanya satu (1) di ketuai oleh orang Sabah. Daripada 20 Ketua Polis Daerah seluruh Sabah, hanya 4 daerah saja di ketuai oleh orang Sabah, 14 orang Semenanjung dan 2 orang Sarawak. PDRM Sabah masih juga dikenali sebagai PDRM Sabah, kenapa tidak dipanggil PDRM Malaya ????

Mykad Untuk Pelarian ?

Sunday, May 9, 2010

0 comments

Tabuan terbaca kenyataan Datuk Hishamuddin Tun Hussein tentang pemberian Mykad kepada 96,000 pelarian Filipina yang tinggal di Sabah dan memegang IMM13. Bagi Tabuan mereka ini adalah PTI kerana semasa mereka masuk ke Sabah mereka langsung tiada memiliki sebarang dokumen. Mereka masuk ke Sabah untuk mencari perlindungan daripada peperangan di Selatan Filipina. Hanya setelah mereka berada di Sabah kerajaan Sabah mengeluarkan dokumen IMM13. Mereka ini sepatutnya awal awal lagi telah diusir keluar ke Negara asal kerana bukan semua tempat di Filipina berlaku peperangan.

Bayangkanlah 96,000 orang asing diberi taraf kewarganegaraan sedangkan ada rakyat negeri ini yang betul betul lahir di negeri ini hanya disebabkan masalah keterangan mengenai kelahiran mereka diberi Kad Pengenalan Merah.

Siapa PM, Si Rosmah Atau Si Najib ?

Wednesday, April 28, 2010

0 comments

Tabuan tengok si Rosmah ni kalau bercakap macam dialah Perdana Menteri, Malaysia. Cermin cerminlah muka dan badan tu, kalau macam bini Datuk K tu siok juga tengok !!! Ikutlah cara Dr. Siti Hasmah....

Ini Bukan Pencuri?

Tuesday, April 27, 2010

3 comments

Buat Rumah Banglo Guna Bahan
Bahan Binaan Percuma !!!

Al kisah, seorang kontraktor keluarga seorang Menteri Kabinet Sabah yang paling berkuasa dapat kontrak sebuah bangunan rm puluhan juta. Sub-cont. tidak dibayar, bahan bahan binaan untuk bangunan berkenaan dibawa keluar dari kawasan pembinaan untuk bikin rumah sendiri. Akhirnya seorang kontraktor cina telah dapat satu projek besar sebagai ganjaran kepadanya kerana siapkan projek tersebut dengan kerugian. Yang untung sudah tentu main cont.- dapat sebuah rumah banglo percuma dan dapat lagi duit dari titik peluh sub cont. Bila lah manusia akan jadi baik kalau cerita pasal wang....

Adui! Ambil Hati

Saturday, April 24, 2010

1 comments

Semasa Perlukan Rakyat, Sanggup
Buat Apa Saja !!!

Adakah MUSA AMAN, Ketua Menteri Sabah, ikhlas berbuat sedemikian kalau bukan memerlukan sesuatu daripada rakyat ? Tabuan geli hati tengok seorang Ketua Menteri buat macam tu....nampak betul berpura pura !!!!

Don't be hypocrite!

Saturday, April 17, 2010

0 comments
Malaysian first, race comes second.

Malaysian first, race comes second. Any other way is hypocrite. People in Sabah practiced long even before the slogan uttered.

Scene in this video is an example of SAPP's function simple but meaningful for its members-no exaggeration its Sabahans' political party


Kuala Kubu Baru Nomination Day

0 comments


This picture was sent by Tabuan's friend's friend- Hj Ramli Dua-who is now in Kuala Kubu Baru witnessing the nomination day- Thank you Tuan Hj Ramli Dua.

In his note, this morning in Kuala Kubu Baru, the whole town was jam-packed and really was an amazing sight. Opposition political parties-PAS, PKR and DAP gathered together signified their solidarity.

Wonder if this is sign of UMNO and BN about to come into its demise in the coming General Election.

Bukan Pembaziran?

Friday, April 16, 2010

1 comments

Projek Sudah Siap, Kontraktor Sudah Dibayar,
Air Masih Tada!


Lihat video clip, apa punya kerja?

Pada mulanya Tabuan tidak percaya satu projek berharga rm150,000.00 dibina dengan kos kurang daripada rm30,000.00. Dalam kepala Tabuan, terlampau juga kontraktor ini cari makan mau untung sehingga 80% !! Oleh kerana tidak percaya, Tabuan pergilah melawat ke tempat projek tersebut di kawasan hutan berbukit. Di tepi anak sungai menuju ke tempat itu keadaannya licin, berbatu dan agak semak, sampai Tabuan jatuh tersungkur bah !!! Sayap tak boleh guna, nanti paip tidak boleh nampak, terlampau kecil ....

Macam mana air boleh sampai ke rumah penduduk kampung di situ (30 buah rumah) kalau saluran dari takungan dipasang dengan paip 2 inci, sambungan ke rumah menggunakan paip 1/2 inci ? Penipu betul kontraktor ini !! Kalau boleh YB turun lah padang, jangan sampai tidak tahu apa yang orang orang kamu buat kepada rakyat di kawasan kamu...

Tabuan tidak akan biarkan orang orang seperti ini terlepas begitu saja. Tabuan mau kontraktor yang buat projek ini bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya kepada rakyat, percaya lah...

'Double-Standard...'

3 comments
Kenapa Tidak Tubuh Jawatankuasa
Khas Siasat Pemberian IC,
Mykad Kepada Pendatang
Asing ?

Hari ini (16 April, 2010) Tabuan terbaca akhbar Borneo Post mengenai berita YB. Jimmy Wong, ADUN DAP Sri Tanjung disoal oleh Jawatankuasa Khas bersabit Sijil Anak Negeri yang dimilikinya. Tabuan difahamkan isu Sijil Anak Negeri YB. Jimmy Wong telah dipertikaikan kesahihannya semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah yang lalu. Kerajaan nampaknya hanya mengambil perhatian terhadap kes remeh, hanya melibatkan seorang rakyat Sabah. Kenapa Kerajaan tidak tubuhkan Jawatankuasa Khas atau Suruhanjaya Khas untuk siasat pengeluaran IC, Mykad kepada BERATUS RIBU pendatang asing yang tidak berhak memilikinya ??

Tabuanpun tidak faham sikap Kerajaan.....double standard !!

Current issues of Sabah

Wednesday, April 14, 2010

0 comments
Talk: Issues Affect Sabah in the formation of Malaysia
By Datuk Mohd Noor Mansoor
Former Minister of Finance Sabah
Date:April 16, 2010
Venue: Winner Hotel, Kota Kinabalu, Sabah
Time:730pm

Beri pandangan bernas bukan meloya

0 comments

Al kisah di Face Book

Tabuan terserampak Face Book orang orang Sipitang baru baru ini. Berbagai nama digunakan barangkali untuk tujuan mengambil perhatian atau untuk bersembunyi. Sungguhpun demikian, ramai juga yang mengunakan nama sebenar.

Bermacam-macam nama samaran (sembunyi) digunakan contohnya Tuan Cobra, Suara Rakyat Sipitang, T Vadaq Mangkal, T Vadaq Masak, Kadayan Mangalung, Bunian Man dan ramai lagi termasuk Kadayan People dari Sarawak.

Juga menarik perhatian Tabuan, beberapa orang yang sama mempunyai beberapa akaun Face Book untuk tujuan tertentu, contohnya pencipta Aduan Rakyat Sipitang. Sesiapa mengikuti perkembangan internet Kadayan sudah tentu boleh meneka beberapa banyak sudah blog dibuat oleh orang yang sama.

Aduan Rakyat Sipitang ini pula mendakwa dirinya mewakili orang orang Sipitang lalu melantik beberapa orang sebagai Exco. Salah seekor daripadaTabuan telah dilantik sebagai Exco (Tabuan ini sebenarnya ramai, bukan seekor). Bagi Tabuan ini Exco angin.

Melihat penyertaan orang Sipitang walaupun didominasi oleh orang Kadayan, Tabuan turut berbangga barangkali ini juga menunjukkan bilangan Kadayan di Sipitang lebih ramai daripada etnik yang lain.

Ramai yang menulis di FB ini orang yang Tabuan kenali, ada yang memegang jawatan tinggi semasa masih berkhidmat dengan Kerajaan ataupun swasta. Sekarang sudah bersara baru rasa ada masa untuk turut serta, cuma itu lah dulu ada peluang tolong orang sendiri tidak buat apa-apa, sepatah pun tidak mau bercakap. Sekarang mau juara untuk rakyat ! Tabuan dengar mereka turut serta macam cerita diatas untuk tujuan tertentu.

Tabuan perhatikan tidak ada perbahasan yang menarik apatah lagi penghujahan yang kukuh selain daripada sokong atau separuh sokong YB, kemudian dihidang pula dengan kari potongan Utusan Melayu buat orang Sabah meluat ! Faham faham lah sikit…akan disambung

Kesal rumah PPRT ditarik balik

Sunday, March 28, 2010

0 comments

Kesal rumah sumbangan PPRT ditarik balik

Kisah, Yusof Bin Judin dari Kg Melalia,Sipitang,Sabah

Beliau sebagai salah seorang yang layak menerima sebuah rumah sumbangan PPRT-prorgam rumah rakyat termiskin beberapa bulan yang lalu.

Beliau kemudian telah menyediakan tapak untuk tujuan rumah tersebut, sehingga menebang pokok buah buahan seperti durian, kelapa dan dll. Dan bahan bahan benaan telahpun dihantar ketapak tersebut.

Tetepi tidak beberapa lama kemudian, bahan bahan benaan yang telah dihantar seperti papan, atap dan sebagainya ditarik balik oleh pegawai-pegawai PPRT, dengan memberi alasan ibu Yusof memiliki rumah dua tingkat.

Yusof merasa amat kesal dengan sikap YB yang memberi arahan ini, walaupun beliau telah berkhdimat selama 5 panggal dikawasan ini.


SAPP Curi ahli parti PKR?

Tuesday, March 23, 2010

3 comments

Beberapa hari lalu riuh rendah ahli politik veteran Sipitang menuduh SAPP curi ahli-ahli PKR.

Ibarat ayam betina, keluar telur sebiji riuh satu kampung. Belum tahu lagi itu telur boleh pakai punya atau telur kemuruk. Nanti digoyang-goyang ingatkan anak ayam keluar, rupanya lendir busuk saja.

Lucu? Kasihan pula tabuan pasal tukang kokok itu bah. Lain kali kalau mau berkokok, pilihlah si Jalak Lenteng. Kalau suruh ayam tua sama ayam rambang, itulah padahnya. Kokok diaorang sumbang betul ....

Dalam video ini salah seorang ahli baru SAPP dari Sipitang, Sdr Kamis Daming telah ditemuramah oleh Citizen Journalist SL Chung dari CJ.My (Malaysiakini Media Partner) mengenai kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PKR Sipitang, Hj Ramli Dua.

Tamuramah Video juga didapati di sini

Ong Tee Keat and RM12.5 billion scandal

Monday, March 22, 2010

0 comments
In yesterday’s pathetic 56th MCA Annual General Meeting attended by only 25% of the eligible MCA delegates and boycotted by the majority of the MCA Ministers, Deputy Ministers, MPs and State Assembly members, MCA President Datuk Seri Ong Tee Keat suggested his present troubles were caused by his investigation of the nation’s biggest financial scandal – the RM12.5 billion Port Klang Free Zone (PKFZ) scandal.

For several months, I had refrained from commenting on the PKFZ scandal after putting intense pressure on Ong to “tell all” about the scandal – at one stage, posing three-questions-a-day for 36 days without pause, totaling 108 questions, to force Ong to act on the PKFZ scandal. Read article in full

YB, bila bekalan air di Sipitang boleh selesai?

4 comments





Tabuan rasa bekalan air di Sipitang ini tidak pernah bertambah baik. Sekarang tuduh menuduh. Tabuan mau perubahan.

Jabatan Bekalan Air tidak cekap - Pemimpin UMNO Sindumin


"..ini adalah kelemahan Jabatan Air yang tidak cekap, sebab itu saya cadang lebih baik diswastakan saja macam di KL"

Demikian menurut Abd Rahman Mohd Noh, Pemimpin Kemajuan Rakyat (UMNO-BN) DUN Sindumin. "Bro, tq atas ingatan... masalah air lah yg kami selalu suarakan bersama Ahli Yang Berhormat. Spt yg saya kata loji dekat Kg Ulau bernilai RM60 juta telah lama siap, tetapi penyaluran air dan piping masih bermasaalah..ini adalah kelemahan Jabatan Air yg tidak cekap, sbb itu saya cadang lebih baik diswastakan saja mcm di KL"

Kenyataan ini dipetik dari dinding halaman beliau di laman web rangkaian sosial Facebook.

Kenyataan yang amat tidak meyakinkan, umpama sekadar melepas batuk di Facebook. Baca seterusnya di sini

Oh, Penulis Terkenal Sabah...

Thursday, March 18, 2010

3 comments
Oh, Penulis Terkenal Sabah ye...







Oleh Tabuan

Ismaily Bongsu, yang tidak dapat dikenal pasti statusnya yang sebenar dalam parti pembangkang (PKR, DAP?) baru-baru ini membuat laporan dengan diberi pengenalan oleh erapakatan.com sebagai penulis terkenal Negeri Sabah.

Tinjauan dibuat oleh Tabuan sejurus sahaja terbaca artikel tersebut 99% penduduk Sabah tidak kenal nama penulis 'yang terkenal' ini!

Sungguh menghairankan, bagaimana dia boleh dikatakan sebagai seorang penulis terkenal?

Namun itu tidak penting buat SAPP. Lantaklah, terkenal atau tidak biar masyarakat yang menentukan.

Tetapi bila Ismaily menuduh bahawa SAPP mencuri ahli-ahli PKR di Tenom dan Sipitang tanpa sebarang bukti Tabuan rasa ini tidak ubah seperti perangai penulis murahan. Penulis terkenal tidak akan menulis secara rambang, kecuali kalau dia sendiri ingin terkenal sebagai penulis rambang.

Masyarakat umumnya menilai tahap etika penulisan seseorang dari hasil tulisannya. Hanya penulis yang tidak beretika sahaja yang menulis membabi buta dan melulu.

Kenapa tidak sebut saja siapa nama ahli-ahli SAPP atau berapa ramai ahli-ahli PKR yang telah dicuri oleh SAPP?

Jika benar, di mana dan kenapa pula begitu senang orang ahli-ahli PKR dicuri?

Lihat artikel yang berikut di bawah tentang kaedah yang diamalkan oleh SAPP bagi untuk mengambil ahli-ahli baru.

Demokrasi untuk semua

Wednesday, March 17, 2010

5 comments







Demokrasi untuk semua

Oleh Sipitang Observer

Isu akan bertanding 40 daripada 60 kerusi DUN di Sabah adalah merupakan satu sasaran kerja (working target) buat SAPP.

"SAPP parti yang mengamalkan demokrasi untuk kebaikan rakyat Sabah. Maksudnya, sentiasa ada ruang untuk perbahasan dan tegur menegur. Contohnya, jika ada gambaran yang menunjukkan rakyat Sabah maukan SAPP pertanding banyak kerusi ini adalah satu perkara yang SAPP ambil kira; demikian juga kalau rakyat mau sebaliknya" kata President Parti, Yong Teck Lee.

Ramli Dua, Pengarah Pilihanraya PKR Negeri Sabah yang juga merupakan Timbalan Ketua Cabang PKR Sipitang membuat kenyataan bahawa SAPP adalah parti talam dua muka dan meragui sebagai pembangkang.

SAPPadalah ejen UMNO, ingin melakukan pertandingan tiga penjuru; demikian menurut beliau

Orang ramai melihat kenyataan Ramli Dua tidak ubah seperti orang UMNO, dan tidak ubah seperti ahli-ahli politik yang lapuk dan usang. Apakah ada kelainan pemimpin PKR Sipitang daripada pada UMNO?

Memerangi ahli-ahli parti pembangkang yang lain adalah stratagi yang salah.

Kalau Ramli mahu menang di Sipitang, beliau sendiri harus menyedari kedudukannya yang sebenar. Bak kata orang "ukurlah baju di badan sendiri". Tabiat angkuh hanya akan memudaratkan lagi kedudukan pembangkang di dalam pilihanraya umum.

Sebenarnya SAPP belum ada ketetapan untuk bertanding MP-Sipitang, DUN Sindumin maupun DUN Lumadan.

Mengikut President SAPP, segala-galanya bergantung kepada timbal balas yang dibuat oleh ahli SAPP di daerah tersebut yang ketika ini sedang membuat kajian terperinci.

Mereka yang membuat kajian adalah orang-orang yang berkamampuan dan pakar-pakar belaka. Pendek kata mereka ini sedang dalam misi explorasi.

Kajian seperti ini tidak lakukan oleh parti-parti lain. Dengan itu terpulang untuk masyarakat di Sipitang memilih parti mana yang mereka ingin sertai.

Isu mencuri ahli tidak timbul.

Ini kerana SAPP mempunyai kaedah yang berlainan dari parti-parti lain. Sesiapa yang ingin menjadi ahli kebiasaanya ditamu bual oleh pegawai-pegawai parti dan tidak semestinya lulus serta merta, semuanya dibuat dengan suka rela dan bukan paksaan.

Terpulanglah untuk rakyat menilai yang mana batu dan yang mana permata.

Strategi Bahlol!

1 comments
Strategi bahlol!

'Saya fikir kamu ini pemimpin berkaliber?'

Oleh Sipitang Man


Sejak akhir-akhir ini bermacam fitnah dan tuduhan tidak berasas telah dilieparkan kepada SAPP. Ini membayangkan kegelisahan pihak yang terbabit terhadap SAPP yang semakin hari semakin mendapat tempat di hati rakyat Sabah.

Hj Ramli Dua, Timbalan Ketua Cabang PKR Sipitang nampak kian gusar. Tidak cukup Halik Zaman sekarang dia peralatkan Masdar Washid dan Ismaily Bongsu untuk menabur fitnah dan melemparkan tuduhan tuduhan tidak berasas terhadap SAPP dan para pemimpinnya khususnya di kawasan Sipitang.

Kalau benar dakwaan Hj Ramli kononnya ahli ahli SAPP kawasan Sipitang memujuk ahli-ahli PKR menyertai SAPP, kami minta beliau menyenarai dan mengisytiharkan secara terbuka semua nama ahli ahli PKR yang telah dipujuk oleh ahli ahli SAPP kawasan Sipitang dan telah menyertai SAPP.

Orang kampung dan ahli mana-mana juga parti politik bebas memilih apa parti politik yang mereka ingin menjadi ahli, tidak perlu dipujuk rayu. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi. Apabila seseorang itu menyertai SAPP bererti mereka yakin terhadap perjuangan parti ini. Pintu SAPP sentiasa terbuka kepada sesiapa juga yang ingin menyertai parti ini, tidak kira samada daripada BN atau mana mana juga parti politik di Sabah ini.

Saya setuju dengan teori Hj Ramli, apabila berlaku pertandingan 3 penjuru dalam PRU akan datang undi penyokong pembangkang akan berpecah kepada calon Pakatan Rakyat dan SAPP dan ini akan memberi laluan mudah kepada calon BN memenangi kawasan tersebut. Bagaimana kalau SAPP bertanding dan Pakatan Rakyat tidak bertanding ? Tidak kah SAPP boleh menang ?

Hj Ramli sudah 2 kali bertanding di kawasan Sipitang, tetapi kekuatan dan kewibawaannya tidak mampu mengatasi kemampuan calon UMNO/BN. Tidak boleh kah Pakatan Rakyat mengalah dan memberi peluang kepada SAPP meletakkan calonnya yang lebih sesuai dan berwibawa untuk bertarung dengan BN?

Daripada apa yang Hj Ramli cuba bangkitkan sejak akhir akhir ini nampak seolah-olah dia saja yang boleh bertanding dan orang lain tidak boleh, kena sokong dia !!

Kemampuan Hj Ramli telah terbukti tidak berupaya menumbangkan calon BN, kenapa paksa juga mau bertanding?

Setelah merasakan peluangnya untuk bertanding terjejas dengan kehadiran SAPP di kawasan Sipitang mulalah dia gunakan taktik kotor, 'condemn' SAPP, tabur fitnah, tuduh SAPP 'talam dua muka', ejen BN bla bla bla....cari gaduh. Hai, Hj Ramli, sedarlah dan jangan tamak.

Berhenti lah tabur fitnah. Turunlah padang dan selidiki sendiri kesahihan maklumat mengenai aktiviti ahli ahli SAPP kawasan Sipitang yang kamu terima itu.

Jangan Angkuh!

Sunday, March 14, 2010

0 comments







Tabuan terkilan, terperanjat, tersentak bila baca artikel yang di tulis Halik Zaman bahawa Hj Ramli Dua Pengarah Piliharan Raya PKR Negeri Sabah, hooh! membuat tuduhan seolah-olah mencari fasal dan membuat permusuhan politik di Sipitang!

Tabuan cuba dapatkan pemimpin yang Hj Ramli Dua ‘maksudkan’ tapi tidak dapat dihubungi kerana beliau tidak ada di Sabah, saya cuma dapat risik-risik dari kawan-kawan beliau.

Tabuan berpendapat ini adalah starategi yang salah bagi PKR Sipitang, cari gaduh di tempat sendiri. 

Melihat perkembangan politik sekarang pemimpin PKR harus mempunyai kelainan dari UMNO and parti-parti politik yang sudah-sudah.

Tambahan lagi Sipitang bukan kubu kuat pembangkang dan Hj Ramli Dua harus menyedari hakikat kekuatan beliau dan perubahan-perubahan yang berlaku disekeliling.

Masyarakat melihat bahawa kecenderungan cari gaduh pemimpin lama yang sudah lapuk dan berpandangan angkuh bakal memudaratkan kewibawaan PKR sendiri. 

Kebijaksanaan tidak boleh diukur dari luaran semata-mata, orang bijaksana biasanya tidak akan mengatakan dia bijak, dan itulah juga istilah orang berilmu.

Pemimpin SAPP, kebanyakannya muka-muka baru belaka yang selama ini tidak pernah berkecimpung dalam politik di Sipitang. Saya percaya melihat perkembangan politik yang tidak menentu seperti inilah yang mendorong mereka ini melibatkan diri. Juga, jangan pula diperkecil-kecilkan memandangkan mereka ini lebih banyak berdiam daripada bercakap. Mereka mempunyai pengalaman dalam berbagai bidang yang tidak kurang dikagumi dan mempunyai pengikut  tersendiri dalam diam.

Mereka ini bekas pelajar-pelajar SMK Sipitang dan perintis yang dilihat sebagai contoh oleh sebilangan penduduk Sipitang tentu saja mempunyai pengaruh tersendiri.

Tabuan akan sambung cerita dari pemimpin-pemimipin SAPP apabila saja dapat ditemui.

Penulis murahan dengan tulisan picisan

1 comments






Tabuan jumpa artikal di Sabahkini, buah tangan Halik Zaman.

Siapa tidak kenal Halik Zaman waktu BERJAYA memerintah. Tidak payah cerita panjang. Sila baca apa beliau tulis. Tabuan akan ulas sedikit masa lagi.

Artikal yang sangat berbunyi menyindir, mengatakan bahawa ahli-ahli SAPP telah membuat 'huru hara' di Sipitang untuk memusnahkan PKR.

Tulisan apa ini? Percaya kepada tulisan Halik Zaman percayakan segala-galanya!

Tidak kiralah berapa tua umur beliau atau jika pada anggapan beliau seorang journalis, dia hanya merupakan jurnalis murahan.

Jika diambilkira lagi dengan reputasi lama beliau, tak perlulah lagi diterangkan lebih lanjut bahawa masih ramai lagi orang Sabah yang masih mengingatinya.

Bagi ahli-ahli SAPP yang beliau sebutkan kalau diperlukan untuk berbahas mengenai isu yang beliau bangkitkan tiada masalah, nyatakan saja di mana dan bila mau berbahas.

Lihat ringkasan yang beliau semburkan dalam blog berkenaan:

· Ahli-ahli SAPP masuk ke kampung-kampung di Sipitang memberikan gambaran salah tentang halatuju PKR kepada penduduk-penduduk kampung Sipitang.

· SAPP telah memberikan penerangan yang mengelirukan bahawa PKR adalah sebuah parti yang bakal musnah…mereka memujuk penduduk kampung untuk menyertai SAPP kononnya SAPP adalah parti politik Sabahan.

· Haji Ramli, menganggap SAPP di Sipitang sebagai ‘talam dua muka‘ orang suruhan UMNO…SAPP ini bertindak sebagai agen UMNO/BN…tajaan UMNO/BN.

· apabila berlakunya pertandingan 3 penjuru, undi penyokong pembangkang akan berpecah kepada calon Pakatan Rakyat dan SAPP dan ini merupakan laluan mudah untuk menang kepada calon BN.

· usaha UMNO pergunakan parti politik atas pagar seperti SAPP 'divide and rule'.

Salah seorang dari mereka ini sebenarnya mengecam ahli-ahli SAPP beberapa minggu lepas untuk mempastikan kesahihan khabar angin kononnya SAPP telah bersekongkol dengan BN dan sedang 'bermain wayang kulit'.

Sebenarnya tiada asas kenapa SAPP mesti kow teem dengan Najib.

Ahli-ahli SAPP di Sipitang tau kenapa pemimpin PKR jadi bingung sekarang yang harusnya tidak terjadi. Kalau pembangkang mau menang kenapa membuat andaian dan cari gaduh?

Crap writer and crap subject!

Friday, March 12, 2010

0 comments




Saya baru saja terima suntingan blog Sabah, belum sempat dialih bahasa, namun demikian saya percaya tidak susah untuk difahami

Hi folks,

...This evening I received a call from a friend in Kota Kinabalu saying that he read an article in one of Sabah’s blogs, which sounds very much to do with me, saying it was I, making a ‘havoc’ in Sipitang to destroy PKR.

What a crap write up!

To be frank the guy who wrote it, no matter how old or if he wants to be called journalist he is a crap journalist. Knowing his past reputation perhaps there isn’t a need to elaborate many Sabahans still recognise him.

On my part likewise, if there were a need to debate the issue he raised with anyone anywhere, I have no problem.

Let me briefly, recap what were written in that blog I mentioned:

v Ahli-ahli SAPP masuk ke kampung-kampung di Sipitang memberikan gambaran salah tentang halatuju PKR kepada penduduk-penduduk kampung Sipitang.

v SAPP telah memberikan penerangan yang mengelirukan bahawa PKR adalah sebuah parti yang bakal musnah…mereka memujuk penduduk kampung untuk menyertai SAPP kononnya SAPP adalah parti politik Sabahan.

v Kata Haji Ramli, kami di Sipitang menganggap SAPP sebagai ‘talam dua muka‘ orang suruhan UMNO…SAPP ini bertindak sebagai agen UMNO/BN…tajaan UMNO/BN.

v apabila berlakunya pertandingan 3 penjuru, undi penyokong pembangkang akan berpecah kepada calon Pakatan Rakyat dan SAPP dan ini merupakan laluan mudah untuk menang kepada calon BN.

v usaha UMNO pergunakan parti politik atas pagar seperti SAPP 'divide and rule'.

One of them smsed me a few weeks ago to finding out if the rumours was true that SAPP is teaming up with BN and that SAPP plays wayang only

In all honestly I told him, that there is no basis why SAPP has to kow teem with Najib. I told him if it happens I will be the first person to leave SAPP. But apparently reading from what was written in that article he is far from being convinced. For me it’s all right even if he has to bring it to sleep.

The real story is that I went to Sipitang with a friend and my mother to visit my aunties in Kampong Siputol, three of them (my mother’s sisters) I don’t remember talking politic with my aunties. Aya!

Apa jadi Persatuan Kadayan?

Monday, March 1, 2010

1 comments


Tabuan baru terima keratan akbar Daily Express-bahasa Inggeris-14hb/2/2010 dari seorang kawan. Mungkin juga ada dalam Bahasa Melayu, mengenai Persatuan Kadayan. Terima kasihlah, kerana Tabuan lama tidak baca akbar tempatan sebab berada di luar daerah.




Apa cerita dalam artikel ini? Rasanya Tabuan tidak mau ulas. Biar orang lain saja.

Tabuan sendiri banyak terlibat untuk menghidupkan persatuan ini. Sudah tentu menyedihkan kalaulah ia dimansuhkan pendaftaran sekali lagi.

Memang, akhir-akhir ini tidak nampak kelibat KEDAYAN di mana-mana upacara kebudayaan maupun yang lain-lainnya. Kenapa orang-orang kadayan tidak lagi mempedulikan lagi dengan persatuan mereka? -Tabuan

Musang berbulu ayam...

Tuesday, February 23, 2010

0 comments

Oleh Tabuan


Teks diperbaiki Oleh Pinyangat
(Terima kasih Pinyangat)

Minggu lalu saya berada di Sipitang, sempena cuti Tahun Baru China. Jumpa kawan-kawan, sekarang sangat mudah untuk berhubung. Tidak payah pergi rumah kawan kacau anak bini. Panggil melalui hp dia datang, sembang kedai kopi mamak, sampai lidah terasa pahit sebab terlalu banyak minum teh tarik.

Siapa lagi kali ini rakan-rakan sembang? Nampak semua muka-muka baru. Lalu saya pun diperkenalkan dengan para kontraktor tempatan.

Cakap saja tentang kontraktor timbul persepsi tai kut tai berulang alik dalam minda. Bagaimana cara-cara jadi kontraktor? Hah!, hadiri kursuslah. Ada wang sikit-sikit kemudian ambil pulak lesen. Lepas tu cari pula networking, kalu nasib baik dapatlah. Yang penting jangan bantah orang politik. Kalau nanti nasib kena liwat, liwatlah, projek punya hal apa boleh buat!

Lagi mesti berbuat baik dengan pegawai kerajaan. Harus sering pelawa makan dan minum dan belanja sikit mereka main golf.

Itulah ragam jadi kontraktor.

Bermacam-macamlah cerita yang saya dengar. Saya tidak boleh tambah dan kurang, memang saya tidak arif mengenai kontraktor.

Gosip lagi. Dengarnya kontrak di Sipitang ini dari kecil hingga yang besar semua dibaham oleh kaum kerabat Ketua Menteri, harga RM750 ribu pun anak KM yang dapat. Memanglah anak KM tidak nampak mundar mandir tengok projek, kan itu kerja gila. Kononnya, orang-orang dialah yang buat.

Di belakang kedai pula ada tambahan bangunan pasar di tepi laut. Ikut cerita itupun anak KM yang dapat. Saya pun bersemangat tapi sangsi juga nak mengikuti cerita, jangan-jangan mereka ini mau pancing kita manalah tau musang berbulu ayam.

Hujungnya kerana hendak mempastikan betul atau tidak cerita mereka, kawan bawa saya tengok papan tanda berdekatan dengan tapak projek supaya dapat melihat nama siapa punya project. Kan papan tanda diperlukan oleh undang-undang...

Kira-kira lima belas minit pusing-pusing cari papan tanda abuk pun tara nampak! Tiada bukti.

Namun mengikut kawan, keesokan harinya dia nampak papan tanda baru didirikan di tapak projek yang kami ronda itu. Alamak... nampaknya gosip dulu jalan, baru bukti datang.

Saya terus mengingatkan beliau, jangan-jangan ada musang berbulu ayam penyebar berita di kedai kopi mamak.

Monday, February 22, 2010

0 comments
Sipitang: Paip & Air

If you want to see bigger size Click the title on the top

Sipitang; masih banyak penduduk Sipitang yang belum pernah mendapat kemudahan air paip sejak merdeka lagi. Contohnya, 4 kilometers radius luar dari pekan Sipitang.

Yang menghairankan paip-paip air ini nampak dipinggir-pinggir jalan, kadang-kadang dicat baru, diganti dan diperbaiki. Apalah gunanya membazir wang, sadangkan air dalam paip tidak ada, maksudnya paip tersebut tidak pernahpun berisi air.

Bagi pandangan orang biasa, orang-orang yang mendapat hasil membaiki paip-piap ini ialah kontraktor-kontraktor pilihan.

_________

Sipitang; Those live in kampongs beyond 4 or so kilometers radius from Sipitang town have yet to rely on rainwater, wells or even rivers.

One just imagines how the rivers in Sabah look like during rainy season, milky and muddy –celebration time for crocodiles, and in contrast look at again during dry season like this month (February)!

It really is an eye sore to see pipes lying around in kampongs, look very normal, manned, painted nicely and even replaced regularly.

We don’t see any logic, why spending public money mending those pipes when kampong folks never benefit from it, contractors are? Perhaps one cares to check who are the contractors?

Water supply by pipe to household is people’s basic need; it should have been taken as priority by whoever is managing the constituency.