Jangan Angkuh!

Sunday, March 14, 2010








Tabuan terkilan, terperanjat, tersentak bila baca artikel yang di tulis Halik Zaman bahawa Hj Ramli Dua Pengarah Piliharan Raya PKR Negeri Sabah, hooh! membuat tuduhan seolah-olah mencari fasal dan membuat permusuhan politik di Sipitang!

Tabuan cuba dapatkan pemimpin yang Hj Ramli Dua ‘maksudkan’ tapi tidak dapat dihubungi kerana beliau tidak ada di Sabah, saya cuma dapat risik-risik dari kawan-kawan beliau.

Tabuan berpendapat ini adalah starategi yang salah bagi PKR Sipitang, cari gaduh di tempat sendiri. 

Melihat perkembangan politik sekarang pemimpin PKR harus mempunyai kelainan dari UMNO and parti-parti politik yang sudah-sudah.

Tambahan lagi Sipitang bukan kubu kuat pembangkang dan Hj Ramli Dua harus menyedari hakikat kekuatan beliau dan perubahan-perubahan yang berlaku disekeliling.

Masyarakat melihat bahawa kecenderungan cari gaduh pemimpin lama yang sudah lapuk dan berpandangan angkuh bakal memudaratkan kewibawaan PKR sendiri. 

Kebijaksanaan tidak boleh diukur dari luaran semata-mata, orang bijaksana biasanya tidak akan mengatakan dia bijak, dan itulah juga istilah orang berilmu.

Pemimpin SAPP, kebanyakannya muka-muka baru belaka yang selama ini tidak pernah berkecimpung dalam politik di Sipitang. Saya percaya melihat perkembangan politik yang tidak menentu seperti inilah yang mendorong mereka ini melibatkan diri. Juga, jangan pula diperkecil-kecilkan memandangkan mereka ini lebih banyak berdiam daripada bercakap. Mereka mempunyai pengalaman dalam berbagai bidang yang tidak kurang dikagumi dan mempunyai pengikut  tersendiri dalam diam.

Mereka ini bekas pelajar-pelajar SMK Sipitang dan perintis yang dilihat sebagai contoh oleh sebilangan penduduk Sipitang tentu saja mempunyai pengaruh tersendiri.

Tabuan akan sambung cerita dari pemimpin-pemimipin SAPP apabila saja dapat ditemui.

0 Response to "Jangan Angkuh!"

Post a Comment