Demokrasi untuk semua

Wednesday, March 17, 2010








Demokrasi untuk semua

Oleh Sipitang Observer

Isu akan bertanding 40 daripada 60 kerusi DUN di Sabah adalah merupakan satu sasaran kerja (working target) buat SAPP.

"SAPP parti yang mengamalkan demokrasi untuk kebaikan rakyat Sabah. Maksudnya, sentiasa ada ruang untuk perbahasan dan tegur menegur. Contohnya, jika ada gambaran yang menunjukkan rakyat Sabah maukan SAPP pertanding banyak kerusi ini adalah satu perkara yang SAPP ambil kira; demikian juga kalau rakyat mau sebaliknya" kata President Parti, Yong Teck Lee.

Ramli Dua, Pengarah Pilihanraya PKR Negeri Sabah yang juga merupakan Timbalan Ketua Cabang PKR Sipitang membuat kenyataan bahawa SAPP adalah parti talam dua muka dan meragui sebagai pembangkang.

SAPPadalah ejen UMNO, ingin melakukan pertandingan tiga penjuru; demikian menurut beliau

Orang ramai melihat kenyataan Ramli Dua tidak ubah seperti orang UMNO, dan tidak ubah seperti ahli-ahli politik yang lapuk dan usang. Apakah ada kelainan pemimpin PKR Sipitang daripada pada UMNO?

Memerangi ahli-ahli parti pembangkang yang lain adalah stratagi yang salah.

Kalau Ramli mahu menang di Sipitang, beliau sendiri harus menyedari kedudukannya yang sebenar. Bak kata orang "ukurlah baju di badan sendiri". Tabiat angkuh hanya akan memudaratkan lagi kedudukan pembangkang di dalam pilihanraya umum.

Sebenarnya SAPP belum ada ketetapan untuk bertanding MP-Sipitang, DUN Sindumin maupun DUN Lumadan.

Mengikut President SAPP, segala-galanya bergantung kepada timbal balas yang dibuat oleh ahli SAPP di daerah tersebut yang ketika ini sedang membuat kajian terperinci.

Mereka yang membuat kajian adalah orang-orang yang berkamampuan dan pakar-pakar belaka. Pendek kata mereka ini sedang dalam misi explorasi.

Kajian seperti ini tidak lakukan oleh parti-parti lain. Dengan itu terpulang untuk masyarakat di Sipitang memilih parti mana yang mereka ingin sertai.

Isu mencuri ahli tidak timbul.

Ini kerana SAPP mempunyai kaedah yang berlainan dari parti-parti lain. Sesiapa yang ingin menjadi ahli kebiasaanya ditamu bual oleh pegawai-pegawai parti dan tidak semestinya lulus serta merta, semuanya dibuat dengan suka rela dan bukan paksaan.

Terpulanglah untuk rakyat menilai yang mana batu dan yang mana permata.

5 Response to "Demokrasi untuk semua"

  1. Kawan Tabuan Says:

    Saya suka ini blog, namanya cukup mencabar, dan mesti kerja mcam tabuan. Tabuan biasanya kerja sendiri-sendiri tetapi kalau dia kena kacau dia akan menyenggat, kerbau lembu boleh mati!

    Kawan Tabuan

  2. pantang undur Says:

    Hj. Ramli Dua tak perlu condemn orang lain, condemn lah diri sendiri sebab tidak boleh menang 2 kali bertanding pilihanraya di Sipitang.

  3. musli oli Says:

    Yang menilai seorang penulis ialah pembaca berdasarkan karya atau hasil tulisannya.

    salam MO

  4. Anonymous Says:

    kalau tidak diutarakan dan didiskusikan sesuatu isu itu,kita rasakan kita bukanlah seorang yang berjiwa patriotisma kerana kita telah diajar dan didengungkan ketelinga ini tentang sepakterajang politik itu se dari dalam buaian lagi.
    Pendemokrasian politik itu terlalu jauh untuk digapai atau dicapai kerana jiwa dan minda kita tidak sama dalam mentafsir politik kerajaan(BN/UMNO) dan politik pembangkang(PR).kedua-dua posisi ini sering berretorik demi kepentingan dan keuntungan servival politik mereka.Mereka sentiasa dan akan sentiasa menegakkan benang yang basah dan berdolak-dalik

  5. Kura-kura Says:

    Tepat sungguh, kalau mau jadi penulis murahan tulis sahaja macam in tak tentu arah-tetapi kalau orang tak nampak apa yang di tulis jangan lah claim penulis terkenal!

Post a Comment