PDRM SABAH ATAU PDRM MALAYA ???

Thursday, May 20, 2010

2 comments
PDRM Sabah Dikuasai Oleh Orang Semenanjung...

Berapa orang pegawai Polis berasal dari Sabah dalam gambar ini ? Setahu Tabuan, Commissioner dan Timbalannya adalah orang Semenanjung, 7 Jabatan dalam PDRM Sabah, hanya satu (1) di ketuai oleh orang Sabah. Daripada 20 Ketua Polis Daerah seluruh Sabah, hanya 4 daerah saja di ketuai oleh orang Sabah, 14 orang Semenanjung dan 2 orang Sarawak. PDRM Sabah masih juga dikenali sebagai PDRM Sabah, kenapa tidak dipanggil PDRM Malaya ????

Mykad Untuk Pelarian ?

Sunday, May 9, 2010

0 comments

Tabuan terbaca kenyataan Datuk Hishamuddin Tun Hussein tentang pemberian Mykad kepada 96,000 pelarian Filipina yang tinggal di Sabah dan memegang IMM13. Bagi Tabuan mereka ini adalah PTI kerana semasa mereka masuk ke Sabah mereka langsung tiada memiliki sebarang dokumen. Mereka masuk ke Sabah untuk mencari perlindungan daripada peperangan di Selatan Filipina. Hanya setelah mereka berada di Sabah kerajaan Sabah mengeluarkan dokumen IMM13. Mereka ini sepatutnya awal awal lagi telah diusir keluar ke Negara asal kerana bukan semua tempat di Filipina berlaku peperangan.

Bayangkanlah 96,000 orang asing diberi taraf kewarganegaraan sedangkan ada rakyat negeri ini yang betul betul lahir di negeri ini hanya disebabkan masalah keterangan mengenai kelahiran mereka diberi Kad Pengenalan Merah.