Tabuan terbaca kenyataan Datuk Hishamuddin Tun Hussein tentang pemberian Mykad kepada 96,000 pelarian Filipina yang tinggal di Sabah dan memegang IMM13. Bagi Tabuan mereka ini adalah PTI kerana semasa mereka masuk ke Sabah mereka langsung tiada memiliki sebarang dokumen. Mereka masuk ke Sabah untuk mencari perlindungan daripada peperangan di Selatan Filipina. Hanya setelah mereka berada di Sabah kerajaan Sabah mengeluarkan dokumen IMM13. Mereka ini sepatutnya awal awal lagi telah diusir keluar ke Negara asal kerana bukan semua tempat di Filipina berlaku peperangan.
Bayangkanlah 96,000 orang asing diberi taraf kewarganegaraan sedangkan ada rakyat negeri ini yang betul betul lahir di negeri ini hanya disebabkan masalah keterangan mengenai kelahiran mereka diberi Kad Pengenalan Merah.
Post a Comment