Tabuan jumpa artikal di Sabahkini, buah tangan Halik Zaman.
Siapa tidak kenal Halik Zaman waktu BERJAYA memerintah. Tidak payah cerita panjang. Sila baca apa beliau tulis. Tabuan akan ulas sedikit masa lagi.
Artikal yang sangat berbunyi menyindir, mengatakan bahawa ahli-ahli SAPP telah membuat 'huru hara' di Sipitang untuk memusnahkan PKR.
Tulisan apa ini? Percaya kepada tulisan Halik Zaman percayakan segala-galanya!
Tidak kiralah berapa tua umur beliau atau jika pada anggapan beliau seorang journalis, dia hanya merupakan jurnalis murahan.
Jika diambilkira lagi dengan reputasi lama beliau, tak perlulah lagi diterangkan lebih lanjut bahawa masih ramai lagi orang Sabah yang masih mengingatinya.
Lihat ringkasan yang beliau semburkan dalam blog berkenaan:
· Ahli-ahli SAPP masuk ke kampung-kampung di Sipitang memberikan gambaran salah tentang halatuju PKR kepada penduduk-penduduk kampung Sipitang.
Salah seorang dari mereka ini sebenarnya mengecam ahli-ahli SAPP beberapa minggu lepas untuk mempastikan kesahihan khabar angin kononnya SAPP telah bersekongkol dengan BN dan sedang 'bermain wayang kulit'.
Sebenarnya tiada asas kenapa SAPP mesti kow teem dengan Najib.
Ahli-ahli SAPP di Sipitang tau kenapa pemimpin PKR jadi bingung sekarang yang harusnya tidak terjadi. Kalau pembangkang mau menang kenapa membuat andaian dan cari gaduh?
March 14, 2010 at 8:53 AM
Siapa tidak kenal Hj. Halik Zaman, bijak putarbelitkan fakta, kalau kurang awas akan terperangkap. Siapa mau percaya dengan dia kecuali orang yang kecewa.
Kami nasihatkan kpd Hj. Ramli supaya jangan melemparkan fitnah, tuduhan palsu dan pembohongan. Seorang yang matang dalam politik seharusnya menyelidiki sendiri terlebih dahulu sebelum sesuatu perkara itu dijadikan isu politik. Dalam situasi begini orang akan ambil kesempatan untuk kepentingan peribadi sekira kita tidak berwaspada.
Melalui rencana ini , dapat dilihat Hj. Ramli mulai risau dgn kehadiran SAPP di kawasan Sipitang. Dia merasa tertekan peluangnya sekali lagi untuk bertanding pada PRU akan datang akan terjejas.
Hj. Ramli sudahpun diberi peluang (kalau tidak silap 2 kali)di kawasan DUN Sindumin, tetapi kemampuannya ternyata tidak berupaya mengatasi kekuatan BN/UMNO. Misi utama pembangkang dalam PRU akan datang adalah untuk menumbangkan pentadbiran BN. Haruskah Hj. Ramli diberi peluang sekali lagi sedangkan kemampuannya telahpun teruji ?
Memang tidak dapat dinafikan, sokongan rakyat terhadap SAPP semakin menyerlah sebagai sebuah 'Sabah based party' yang mampu memperjuangkan hak hak rakyat Sabah. Rakyat Sabah sudah bosan dengan kepimpinan pemimpin pemimpin Sabah yang tidak mampu bersuara untuk orang orang Sabah kerana mereka dicucuk hidung oleh Semenanjung dan terpaksa jadi pak turut saja.
SAPP telah keluar dari kungkungan BN pada tahun 2008 kerana hilang kepercayaan terhadap pentadbiran kerajaan BN menangani masalah Sabah yang semakin teruk. Itu sebab SAPP berkerjasama dengan Pakatan Rakyat di Parlimen untuk menumbangkan pentadbiran BN. Tuduhan penulis SAPP 'Talam Dua Muka' dan diperalatkan BN/UMNO adalah fitnah dan satu pembohongan yang sengaja diada adakan untuk mencemarkan kredibiliti bertujuan untuk memusnahkan parti ini.