Al kisah di Face Book
Tabuan terserampak Face Book orang orang Sipitang baru baru ini. Berbagai nama digunakan barangkali untuk tujuan mengambil perhatian atau untuk bersembunyi. Sungguhpun demikian, ramai juga yang mengunakan nama sebenar.
Bermacam-macam nama samaran (sembunyi) digunakan contohnya Tuan Cobra, Suara Rakyat Sipitang, T Vadaq Mangkal, T Vadaq Masak, Kadayan Mangalung, Bunian Man dan ramai lagi termasuk Kadayan People dari Sarawak.
Juga menarik perhatian Tabuan, beberapa orang yang sama mempunyai beberapa akaun Face Book untuk tujuan tertentu, contohnya pencipta Aduan Rakyat Sipitang. Sesiapa mengikuti perkembangan internet Kadayan sudah tentu boleh meneka beberapa banyak sudah blog dibuat oleh orang yang sama.
Aduan Rakyat Sipitang ini pula mendakwa dirinya mewakili orang orang Sipitang lalu melantik beberapa orang sebagai Exco. Salah seekor daripadaTabuan telah dilantik sebagai Exco (Tabuan ini sebenarnya ramai, bukan seekor). Bagi Tabuan ini Exco angin.
Melihat penyertaan orang Sipitang walaupun didominasi oleh orang Kadayan, Tabuan turut berbangga barangkali ini juga menunjukkan bilangan Kadayan di Sipitang lebih ramai daripada etnik yang lain.
Ramai yang menulis di FB ini orang yang Tabuan kenali, ada yang memegang jawatan tinggi semasa masih berkhidmat dengan Kerajaan ataupun swasta. Sekarang sudah bersara baru rasa ada masa untuk turut serta, cuma itu lah dulu ada peluang tolong orang sendiri tidak buat apa-apa, sepatah pun tidak mau bercakap. Sekarang mau juara untuk rakyat ! Tabuan dengar mereka turut serta macam cerita diatas untuk tujuan tertentu.
Tabuan perhatikan tidak ada perbahasan yang menarik apatah lagi penghujahan yang kukuh selain daripada sokong atau separuh sokong YB, kemudian dihidang pula dengan kari potongan Utusan Melayu buat orang Sabah meluat ! Faham faham lah sikit…akan disambung
Post a Comment