Musang berbulu ayam...

Tuesday, February 23, 2010

Oleh Tabuan


Teks diperbaiki Oleh Pinyangat
(Terima kasih Pinyangat)

Minggu lalu saya berada di Sipitang, sempena cuti Tahun Baru China. Jumpa kawan-kawan, sekarang sangat mudah untuk berhubung. Tidak payah pergi rumah kawan kacau anak bini. Panggil melalui hp dia datang, sembang kedai kopi mamak, sampai lidah terasa pahit sebab terlalu banyak minum teh tarik.

Siapa lagi kali ini rakan-rakan sembang? Nampak semua muka-muka baru. Lalu saya pun diperkenalkan dengan para kontraktor tempatan.

Cakap saja tentang kontraktor timbul persepsi tai kut tai berulang alik dalam minda. Bagaimana cara-cara jadi kontraktor? Hah!, hadiri kursuslah. Ada wang sikit-sikit kemudian ambil pulak lesen. Lepas tu cari pula networking, kalu nasib baik dapatlah. Yang penting jangan bantah orang politik. Kalau nanti nasib kena liwat, liwatlah, projek punya hal apa boleh buat!

Lagi mesti berbuat baik dengan pegawai kerajaan. Harus sering pelawa makan dan minum dan belanja sikit mereka main golf.

Itulah ragam jadi kontraktor.

Bermacam-macamlah cerita yang saya dengar. Saya tidak boleh tambah dan kurang, memang saya tidak arif mengenai kontraktor.

Gosip lagi. Dengarnya kontrak di Sipitang ini dari kecil hingga yang besar semua dibaham oleh kaum kerabat Ketua Menteri, harga RM750 ribu pun anak KM yang dapat. Memanglah anak KM tidak nampak mundar mandir tengok projek, kan itu kerja gila. Kononnya, orang-orang dialah yang buat.

Di belakang kedai pula ada tambahan bangunan pasar di tepi laut. Ikut cerita itupun anak KM yang dapat. Saya pun bersemangat tapi sangsi juga nak mengikuti cerita, jangan-jangan mereka ini mau pancing kita manalah tau musang berbulu ayam.

Hujungnya kerana hendak mempastikan betul atau tidak cerita mereka, kawan bawa saya tengok papan tanda berdekatan dengan tapak projek supaya dapat melihat nama siapa punya project. Kan papan tanda diperlukan oleh undang-undang...

Kira-kira lima belas minit pusing-pusing cari papan tanda abuk pun tara nampak! Tiada bukti.

Namun mengikut kawan, keesokan harinya dia nampak papan tanda baru didirikan di tapak projek yang kami ronda itu. Alamak... nampaknya gosip dulu jalan, baru bukti datang.

Saya terus mengingatkan beliau, jangan-jangan ada musang berbulu ayam penyebar berita di kedai kopi mamak.

0 Response to "Musang berbulu ayam..."

Post a Comment