YB, bila bekalan air di Sipitang boleh selesai?

Monday, March 22, 2010






Tabuan rasa bekalan air di Sipitang ini tidak pernah bertambah baik. Sekarang tuduh menuduh. Tabuan mau perubahan.

Jabatan Bekalan Air tidak cekap - Pemimpin UMNO Sindumin


"..ini adalah kelemahan Jabatan Air yang tidak cekap, sebab itu saya cadang lebih baik diswastakan saja macam di KL"

Demikian menurut Abd Rahman Mohd Noh, Pemimpin Kemajuan Rakyat (UMNO-BN) DUN Sindumin. "Bro, tq atas ingatan... masalah air lah yg kami selalu suarakan bersama Ahli Yang Berhormat. Spt yg saya kata loji dekat Kg Ulau bernilai RM60 juta telah lama siap, tetapi penyaluran air dan piping masih bermasaalah..ini adalah kelemahan Jabatan Air yg tidak cekap, sbb itu saya cadang lebih baik diswastakan saja mcm di KL"

Kenyataan ini dipetik dari dinding halaman beliau di laman web rangkaian sosial Facebook.

Kenyataan yang amat tidak meyakinkan, umpama sekadar melepas batuk di Facebook. Baca seterusnya di sini

4 Response to "YB, bila bekalan air di Sipitang boleh selesai?"

  1. Anonymous Says:

    Saya terbaca beberapa komen tentang air di Sipitang, sdr Amde Sidik ada memberi respon kepada sdr Salim Mohamad yang menulis di FB beliau. Memang sdr Amde lama mengetahui perkara seperti ini tetapi sayang sekali selama bebarapa tahun yang lalu tidak banyak rakan2 yang ada kedudukan membantu beliau, cuma sesudah ramai yang bersara barulah ada bunyi-bunyi entah apa motif-motif orang2 ini. Kami berharap Amde teruskan usaha seterusnya.

    Sipitang Boleh

  2. pantangundur Says:

    Masalah air di Sipitang bukan baru, sudah berpuluh tahun. Kenapa baru sekarang cakap tentang loji RM60 juta, kenapa tidak cakap 5 tahun yang lalu ? Kamu pemimpin politik hanya pandai cakap kepada bos kamu yang baik, tidak mahu cakap yang tidak baik, supaya kamu dianggap baik!!! Hah, ini kah pemimpin yang baik ?????

  3. Anonymous Says:

    Saya rasa macam ada yang tidak betul, lihat perkataan yang digunakan oleh Abd Rahman 'saya' siapa bah Abd Rahman kalau YB pun tidak boleh buat siapa bah dia ini?

    Kura-kura

  4. Anonymous Says:

    Siapa bah si Abd. Rahman ini, nampak dia pula yang mengarah YB ? Patutlah masalah air di Sipitang tidak selesai, YB tidak mau ikut arahan dia !!!

Post a Comment