Oh, Penulis Terkenal Sabah...

Thursday, March 18, 2010

Oh, Penulis Terkenal Sabah ye...







Oleh Tabuan

Ismaily Bongsu, yang tidak dapat dikenal pasti statusnya yang sebenar dalam parti pembangkang (PKR, DAP?) baru-baru ini membuat laporan dengan diberi pengenalan oleh erapakatan.com sebagai penulis terkenal Negeri Sabah.

Tinjauan dibuat oleh Tabuan sejurus sahaja terbaca artikel tersebut 99% penduduk Sabah tidak kenal nama penulis 'yang terkenal' ini!

Sungguh menghairankan, bagaimana dia boleh dikatakan sebagai seorang penulis terkenal?

Namun itu tidak penting buat SAPP. Lantaklah, terkenal atau tidak biar masyarakat yang menentukan.

Tetapi bila Ismaily menuduh bahawa SAPP mencuri ahli-ahli PKR di Tenom dan Sipitang tanpa sebarang bukti Tabuan rasa ini tidak ubah seperti perangai penulis murahan. Penulis terkenal tidak akan menulis secara rambang, kecuali kalau dia sendiri ingin terkenal sebagai penulis rambang.

Masyarakat umumnya menilai tahap etika penulisan seseorang dari hasil tulisannya. Hanya penulis yang tidak beretika sahaja yang menulis membabi buta dan melulu.

Kenapa tidak sebut saja siapa nama ahli-ahli SAPP atau berapa ramai ahli-ahli PKR yang telah dicuri oleh SAPP?

Jika benar, di mana dan kenapa pula begitu senang orang ahli-ahli PKR dicuri?

Lihat artikel yang berikut di bawah tentang kaedah yang diamalkan oleh SAPP bagi untuk mengambil ahli-ahli baru.

3 Response to "Oh, Penulis Terkenal Sabah..."

  1. Orang Kampong Says:

    Saya pun mulanya peminat PKR tetapi saya rasa sekarang orang2 PKR lain macam, Memanglah banyak orang-orang PKR dulunya dari UMNO, bila tidak laku dorang pindah. Yang lainya dalam PKR suka cari gaduh. Dikawasan bukan ramai orang China memang SAPP tidak popular tetapi perjuagan SAPP lebih menjurus kepentingan ornag Sabah, Saya percaya bila ada pemimpin bumiputra dan 'Melayu' yang berkualiti tentu SAPP lebig=h menerik

  2. pantangundur Says:

    Bila juga Ismaily Bongsu ini diiktiraf sebagai penulis terkenal dan siapa yang iktiraf status itu ? Saya orang Sabah, tak pernahpun dengar dia sebagai penulis terkenal. Jangan jangan dia ni mabuk atau orang yang cuba tonjolkan dia juga mabuk !!!

    Orang Sabah sokong PKR sama juga macam sokong UMNO, buat apa sibuk sibuk tentang parti ini.

  3. Anonymous Says:

    Saya ada datang dua tga kali perhimpunan pkr dulu-dulu, dan memng saya ada dengar Ismaily cakap dia penulis banyak buku, Satu hari saya bergagas ke Kedai buku Penguin di Jln Pantai. KK mencari buku beliau.Tiada, dan tiadpun orang tau bila saya tanya. Yang saya jumpa buku-buku saudara Amde Sidik, saya memang sudah beli buku beliau di MPH KL. Entah dia ada buku baru?

    Maujadipenulis

Post a Comment