Strategi Bahlol!

Wednesday, March 17, 2010

Strategi bahlol!

'Saya fikir kamu ini pemimpin berkaliber?'

Oleh Sipitang Man


Sejak akhir-akhir ini bermacam fitnah dan tuduhan tidak berasas telah dilieparkan kepada SAPP. Ini membayangkan kegelisahan pihak yang terbabit terhadap SAPP yang semakin hari semakin mendapat tempat di hati rakyat Sabah.

Hj Ramli Dua, Timbalan Ketua Cabang PKR Sipitang nampak kian gusar. Tidak cukup Halik Zaman sekarang dia peralatkan Masdar Washid dan Ismaily Bongsu untuk menabur fitnah dan melemparkan tuduhan tuduhan tidak berasas terhadap SAPP dan para pemimpinnya khususnya di kawasan Sipitang.

Kalau benar dakwaan Hj Ramli kononnya ahli ahli SAPP kawasan Sipitang memujuk ahli-ahli PKR menyertai SAPP, kami minta beliau menyenarai dan mengisytiharkan secara terbuka semua nama ahli ahli PKR yang telah dipujuk oleh ahli ahli SAPP kawasan Sipitang dan telah menyertai SAPP.

Orang kampung dan ahli mana-mana juga parti politik bebas memilih apa parti politik yang mereka ingin menjadi ahli, tidak perlu dipujuk rayu. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi. Apabila seseorang itu menyertai SAPP bererti mereka yakin terhadap perjuangan parti ini. Pintu SAPP sentiasa terbuka kepada sesiapa juga yang ingin menyertai parti ini, tidak kira samada daripada BN atau mana mana juga parti politik di Sabah ini.

Saya setuju dengan teori Hj Ramli, apabila berlaku pertandingan 3 penjuru dalam PRU akan datang undi penyokong pembangkang akan berpecah kepada calon Pakatan Rakyat dan SAPP dan ini akan memberi laluan mudah kepada calon BN memenangi kawasan tersebut. Bagaimana kalau SAPP bertanding dan Pakatan Rakyat tidak bertanding ? Tidak kah SAPP boleh menang ?

Hj Ramli sudah 2 kali bertanding di kawasan Sipitang, tetapi kekuatan dan kewibawaannya tidak mampu mengatasi kemampuan calon UMNO/BN. Tidak boleh kah Pakatan Rakyat mengalah dan memberi peluang kepada SAPP meletakkan calonnya yang lebih sesuai dan berwibawa untuk bertarung dengan BN?

Daripada apa yang Hj Ramli cuba bangkitkan sejak akhir akhir ini nampak seolah-olah dia saja yang boleh bertanding dan orang lain tidak boleh, kena sokong dia !!

Kemampuan Hj Ramli telah terbukti tidak berupaya menumbangkan calon BN, kenapa paksa juga mau bertanding?

Setelah merasakan peluangnya untuk bertanding terjejas dengan kehadiran SAPP di kawasan Sipitang mulalah dia gunakan taktik kotor, 'condemn' SAPP, tabur fitnah, tuduh SAPP 'talam dua muka', ejen BN bla bla bla....cari gaduh. Hai, Hj Ramli, sedarlah dan jangan tamak.

Berhenti lah tabur fitnah. Turunlah padang dan selidiki sendiri kesahihan maklumat mengenai aktiviti ahli ahli SAPP kawasan Sipitang yang kamu terima itu.

1 Response to "Strategi Bahlol!"

  1. Anonymous Says:

    Kalau sama sama pembangkang pun bergaduh, tidak mau bertolak ansur,BN ketawa !!

Post a Comment