Projek Sudah Siap, Kontraktor Sudah Dibayar,
Air Masih Tada!
Lihat video clip, apa punya kerja?
Pada mulanya Tabuan tidak percaya satu projek berharga rm150,000.00 dibina dengan kos kurang daripada rm30,000.00. Dalam kepala Tabuan, terlampau juga kontraktor ini cari makan mau untung sehingga 80% !! Oleh kerana tidak percaya, Tabuan pergilah melawat ke tempat projek tersebut di kawasan hutan berbukit. Di tepi anak sungai menuju ke tempat itu keadaannya licin, berbatu dan agak semak, sampai Tabuan jatuh tersungkur bah !!! Sayap tak boleh guna, nanti paip tidak boleh nampak, terlampau kecil ....
Macam mana air boleh sampai ke rumah penduduk kampung di situ (30 buah rumah) kalau saluran dari takungan dipasang dengan paip 2 inci, sambungan ke rumah menggunakan paip 1/2 inci ? Penipu betul kontraktor ini !! Kalau boleh YB turun lah padang, jangan sampai tidak tahu apa yang orang orang kamu buat kepada rakyat di kawasan kamu...
Tabuan tidak akan biarkan orang orang seperti ini terlepas begitu saja. Tabuan mau kontraktor yang buat projek ini bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya kepada rakyat, percaya lah...
April 16, 2010 at 9:41 PM
Ini clip lebih berkesan pada yang malas baca-good work Tabuan, banyakan clip seperti ini will make little different than the rest-congrats!
Penyokong Tabuan